warna kehidupan

warna kehidupan

Wednesday, April 20, 2011

Assalamualaikum...

Hari berganti hari sekarang aku suadah berada dalam akhir semester 4 ini bermakna ada lagi 4 semester utk mlngkapkan ijazah aku. Sekali ingat dah x sanggup lagi nk hadapi hari2 yang mendatang sebagai mahasiswa tapi bila fikir lagi sekali rugi dan sayang pulak kalau x usaha betul2 kerana bukan semua orang diberi peluang macam nie. Dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang pendidikan pulak 2 sangat rugi kalau x rebut peluang yang telah diberikan nie. Walau pun banyak spekulasi yang menyatakan bahawa geraduan UPSI sekarang tidak semestinya mendapat posting jadi cikgu tapi bagi aku nie semua satu dugaan dan cabaran yang perlu aku tempuhi. Kejayaan tak datang bergolek jadi kena la usaha semaksima mungkin.

Dalam kehidupan nie klu x diuji dengan pelbagai ujian dan kepayahan tidaklah dinamakan kehidupan. Sebagai hamba Allah kita kena la bersabar dalam menempuhi setiap ujian yang mendatang. Sesungguhnya setiap dugaan yang Allah beri kepada hamba-Nya adalah sepadan dengan hamba-Nya. Jadi setiap permasalahan yang timbul mesti ada jalan penyelesaiannya. Cuma kita sebagai manusia tidak mengetahui. Selain itu, setiap dugaan dan cabaran yang Allah beri sudah pasti ada hikmah disebaliknya. Hanya kita sebagai manusia tidak mengetahui maksud tersirat disebalik musibah atau dugaan yang duberi.

Di samping itu, sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Setiap manusia mesti pernah melakukan kesilapan dan daripada kesilapan itulah menjadi pengajaran. Tidak kira la sama ada dalam pesahabatan, pergaulan harian atau dengan sesiapa sekali pun kita mesti melakukan kesalahan. Oleh hal demikian saling maaf-memaafi la antara satu sama lain.





p/s: coretan ini hanya untuk suka2 dan luahan hati penulis tiada kena-mengena sama ada yg hidup atau pun yang telah meninggal dunia.














  

2 comments: