warna kehidupan

warna kehidupan

Wednesday, December 14, 2011

memori terindah...

Assalamualaikum w.b.t.

Rasanya dh lama sangat kot x update blog nie almaklum la sbuk ckit tp x la sbuk sgt pn. Berkait tajuk di atas aku ada satu benda nk dikongsikan bersama. Satu memori yang sangat indah dalam sem ni. Pada 6 Disember yang lalu aku telah menyertai satu perkhemahan di Gua Musang. Perkhemahan ini disertai oleh semua IPTA/S UPSI telah menghantar seramai lapan orang peserta untuk menyertai perkhemahan tersebut. Aku masih igt lagi ketika mula2 ingin menyertai perkhemahan ini rasa ragu2 pun ada. Rasa ragu disebabkan ada beberapa hal yang belum diselesaikan di kampus. Di sebabkan aku telah memasukan nama aku dalam senarai peserta untuk menyertai perkhemahan tersebut nak tak nak aku kena sertai juga kem tersebut. Pada mulanya memang rasa berat hati tapi aku gagahi juga.

Tiba la pada hari yang dinantikan setelah segala persiapan dibuat aku dan rakan-rakan sepejuangan aku pun berangkat la ke KL Central. Kami dijadualkan menaiki keretapi ke Gua Musang pada pukul 8.00 malam dan kami tiba di KL Central pada pkul 5 lebih2 masa yang ada kami tak sia2kn kami meghabiskan masa dengan bergambar kenangan2 la konon. Sebelum kami bertolak majlis dirasmikan oleh Dato' Sri Kho Su Koon. Tepat pada pukul 8.00 malam keretaapi ke Gua Musang pun tiba. Di sini la bermulanya perjalananya kami ke Gua Musang dan secara tidak langsung bermula la sesi perkhemahan tersebut. Semasa berada dalam train pelbagai ragam dapat dilihat. Suasana bising dalam dalam gerabak kereta api. Semasa berada dalam train kami berjumpa dengan budak2 dari Unimap dan dari situ la bermula perkenalan kami dengan pelajar2 dari Unimap. setelah 12 jam dalam keretapi setelah beku sebab kesejukkan dalam keretapi maka dalam pkul 8.00 pg kami pn tiba la di stesen keretapi Gua Musang.

Pada hari pertama kami ada sesi ice breaking mmg best sbb leh knl dgn semua peserta yang hadir. Kemudian pembahagian kumpulan. Aku berada dalam kumpulan 8. Ahli2 kumpulan aku semuanya memang best2 blaka. Diaorg memang best la walaupun bru pertama kali berjumpa kami dh mula mesra. Antara ahli kumpulan aku ialah Hud, Epul, Ikram, Kecik aku x thu nma dia pe tp smua org pnggil dia mcm 2, kak rahmah, syahmim, akak, dan azfar.

Pada sebelah petang kami semua diajar cara mengikat rakit. Selepas itu kami diminta untuk membuat mengikat rakit sendri. Kebanyakan ahli kumpulan aku memang handal la wat rakit cuma aku sorang je kot yang x thu wt pape tp dia semua ajar aku cara nk ikat rakit leh la ckit2 nkt ikt rakit. Pada sebelah malam pula kami da sesi LDK kami diminta untuk cipta logo, lagu dan cheer utk kump. Alhamdulillah kami berjaya selesaikan tugasan dengan jayanya.

Pada keesokan harinya pada sebelah pagi tiba la saat2 yang dinantikan kami semua berakit di Sungai Negiri. Sebelum kami berakit kami diberi latihan water confident. Memang best. Kemudian kami pun mula berakit setiap kumpulan dibahagi dua. Aku satu rakit bersama Epul, Kak Rahmah, Ikrah, Hud dan dua orang guider.
setelah dua jam kami pun tiba di Gua Cha. Sepanjang berakit ke Gua Cha memang best dengan aksi2 ahli kumpulan aku dengan menyanyi ntah lgu pape. Nak2 si Hud kami punya artis rakit heheheh mcm lgu dia nyayi tp lirik semua hancur. Diikuti pula dengan back up singer Epul memeriahkan lagi suasana berakit kami.




Rasanya mcm bnyk lgi nk crite nnt aku smbung lg sbb de kje len lak nk wt tggukn  smbungn coretan ini...

No comments:

Post a Comment