warna kehidupan

warna kehidupan

Tuesday, September 27, 2011

TRIVIA...

Trivia
 

1.             Haiwan Tasmanian Devil mampu melahirkan antara 20 sehingga 30 ekor anak dengan anggaran jumlah berat 0.18 sehingga 0.24 gram setiap seekor. Dalam tempoh 100 hari setelah dilahirkan  anak-anak haiwan tersebut perlu disusukan oleh ibu mereka sebelum pandai mencari makanan sendiri. Namun demikian, seekor Tasmanian Devil betina dewasa hanya memiliki empat puting susu dan ini membuatkan sering kali tidak lebih dari empat ekor anaknya yang mampu terus hidup.
2.           “Arachibutyrophobia” merupakan rasa ketakutan seseorang apabila mentega kacang terlekat pada lelangit mulutnya.
3.           Laluan kereta api yang terpanjang di dunia terletak di Peru. Laluan kereta api ini diberi nama The Central Railway ini itu perlu mendaki sehingga 15694 kaki di terowong Galera yang terletak 108 batu dari Lima untuk menuju ke kawasan yang deberi nama Machu Picchu.
4.         Jika setiap langkah kamu memiliki jarak kepanjangan 30 inci maka kamu memerlukan 2112 langkah untuk mecapai jarak 1 batu.
5.          Berdasarkan pupulasi, Mandarin merupakan bahasa terbesaryang digunakan di Dunia. Diikuti dengan bahasa Sepanyol di tempat kedua, bahasa Inggeris di tempat ketiga dan bahasa Benggali di tempat keempat.
6.          Penjajahan kuasa terbesar di dunia telah dicipta oleh empayar Mongolia iaitu pada kurun ke- 13 dengan menjajah lebih dari 33 juta buah kawasan dan memerintah lebih dari 100 juta orang rakyat. Walau bagaimana pun seramai 30 juta penduduk mati sepanjang penjajahan empayar tersebut.
7.          Penggunaan garpu mula diperkenalkan di Timur tengah pada tahun 1000 sebelum Masihi. Kemudian pertama kalinya diperkenalkan di Eropah pada abad ke- 10 oleh Theophanu iaitu permaisuri kepada Byzantine iaitu Maharaja  Otto II. Abad ke- 11 pula ia diperkenalkan di Itali. Dan pada abad ke -18 penggunaan garpu mula menjadi sebahagian dari etika di meja makan di seluruh Britain.

No comments:

Post a Comment